Monday, November 20, 2023

Servis Perakaunan

Wani dah buka slot untuk servis perakaunan bagi tujuan isi borang cukai B bagi tahun taksiran 2023

🥰
.
Booking slot awal ya, nanti tak pening kepala semua benda nak buat last minit😅
.
Klik link dibawah untuk sebarang pertanyaan dan lain-lain
.




Sunday, October 15, 2023

Ingat Ye Pemilik Bisnes - Rekod Transaksi dan Simpan Dokumen

Tugas seorang pemilik bisnes adalah merekod transaksi duit masuk dan keluar setiap hari serta menyimpan dokumen bisnes dengan baik samada secara hardcopy atau softcopy.

Wednesday, September 13, 2023

Penilaian SCORE SME Corp Malaysia

Alhamdulillah, pagi ni Wani menerima lawatan daripada pegawai SME Corp Kota Bharu untuk penilaian SCORE SME Corp Malaysia.

.
Mungkin ramai usahawan yang tak tahu, sebelum boleh mohon geran daripada SME Corp, usahawan perlu mendapatkan sijil PMKS dan melalui penilaian SCORE terlebih dahulu.
.
Selepas tu, baru borang permohonan geran diberikan.
.
Tolong doakan ye, semoga urusan Wani dipermudahkan. Dah lama plan nak buka pusat latihan untuk usahawan.

Thursday, January 19, 2023

Keuntungan Enterprise Adalah Pendapatan Owner

Katakan owner ada gaji sebagai pensyarah dan enterprise pulak untung. Gaji yang setahun 120,000 tu tambah lagi keuntungan enterprise 120,000 jugak. Jadi jumlah pendapatan owner 240,000.

.

Dengan pendapatan 240,000 ( dengan anggapan tiada pelepasan) kadar cukai 100,000 pertama adalah 11,900 dan baki 140,000 lagi cukai pada kadar 24%. Total cukai adalah 45,500. Banyakkannnnn...

.

Ada jugak owner yang amik gaji dari enterprise, sebulan 5000 je. Jadi dia beranggapan, 5000 ni je kena cukai. Dia silap. Gaji ni, tak boleh tolak dalam pengiraan cukai. Ianya tak dibenarkan.

.

Nak kira untung, kena buat akaun. Nak buat sendiri boleh, nak upah orang pun boleh. Yang penting, kalau ada enterprise borang cukai B. Bukan BE.

.

Angka angka ni contoh je. Bagi korang cuak kena bayar cukai banyak..