Wednesday, September 13, 2023

Penilaian SCORE SME Corp Malaysia

Alhamdulillah, pagi ni Wani menerima lawatan daripada pegawai SME Corp Kota Bharu untuk penilaian SCORE SME Corp Malaysia.

.
Mungkin ramai usahawan yang tak tahu, sebelum boleh mohon geran daripada SME Corp, usahawan perlu mendapatkan sijil PMKS dan melalui penilaian SCORE terlebih dahulu.
.
Selepas tu, baru borang permohonan geran diberikan.
.
Tolong doakan ye, semoga urusan Wani dipermudahkan. Dah lama plan nak buka pusat latihan untuk usahawan.