Saturday, November 9, 2024

Online Training SQL Account - from Zero to Hero

Alhamdulillah, selesai online training SQL Account - from Zero to Hero selama 4 jam pagi tadi.

.
Seronok dapat berkenalan dengan semua peserta hari ini, ada yang fresh graduate, ada yang bekerja dengan syarikat dan ada juga owner bisnes enterprise.
.
Insya-Allah next kelas untuk SQL Account dah ada tarikh. Yang berminat nak join secara online, boleh pm Wani ya.




Thursday, November 7, 2024

Wujudkan 4 Tabung Ini Sebelum Declare Cukai

📌TABUNG PERSARAAN

1. Carum KWSP & anda akan dapat pelepasan cukai RM4000 setahun. Untungkan ada tabung persaraan & dapat pula pelepasan cukai. Sebab ramai usahawan gagal menyediakan tabung persaraan.


Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang masih bekerja di usia emas asbab terperangkap dengan hutang dan komitmen bulanan.


📌TABUNG KECEMASAN

2. Carum Socso dan anda dapat pelepasan cukai sebanyak RM350 setahun.  Jangan pandang kecil tapi besar impaknya. Boleh cari kat google & baca cerita orang-orang yang dapat pampasan mencarum socso ni jika ditimpa musibah. 


Tak silap Wani kat youtube ada tajuk "AKU SEORANG RIDER" kisah tauladan berkaitan caruman socso ni banyak iktibar dari video ni.


📌TABUNG PENGGANTIAN PENDAPATAN

3. Hibah Takaful - Ramai yang terlepas pandang dengan kelebihan mencarum hibah takaful ni. Selain dari dapat pelepasan cukai sebanyak RM3000 setahun kita juga dapat beberapa manfaat lain antaranya Tabung Pelindungan, Tabung simpanan, boleh dijadikan sebagai penggantian pendapatan & pelupusan hutang.


Ramai beranggapan ianya tak penting, tapi pada Wani kalau dah memang kene bayar cukai kenapa tak manfaatkan pelepasan cukai. 


📌TABUNG PERUBATAN

4. Kad Perubatan & Tabung Pendidikan - Medical card ni kita boleh dapat manfaat pelepasan cukai RM3000 setahun disamping kita boleh gunakan jika ditimpa risiko kesihatan. Benar kita masih ada lagi hospital kerajaan tapi sekarang kos rawatan makin meningkat dan banyak yang tak di cover sekarang. 


❇️Untuk KWSP dan Socso korang boleh pergi ke pejabat KWSP & PERKESO yang berdekatan. Bagi hibah takaful & Medical card boleh pm Wani untuk Wani sediakan quotation....penat Wani share tapi ambil ngan orang lain🤭.


So benda boleh jimat kenapa perlu bayar lebih. 😊


Wani

Perunding Kewangan & Takaful