Friday, August 28, 2020

Bagaimana saya bermula dalam bidang perakaunan?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni 28 Ogos 2020 saya berada di rumah ayah saya, tempat lahir dan membesar sejak tahun 1983. Dulu rumah kayu warisan nenek moyang. Sekarang rumah batu hasil dari impian ayah sepanjang dia bekerja dulu. Sekejap je masa berlalu, sekarang saya dah berumur 37 tahun dan ada 5 oranga anak. Anak sulung pun dah berumur 14 tahun. Yang paling bongsu nak masuk 2 tahun.

Saya sangat bersyukur sebab dalam membesarkan anak-anak, saya berpeluang bekerja dalam bidang perakaunan dengan bermula sebagai Account Assistant di sebuah syarikat bumiputera. Tinggal di Kota Bharu ni memang susah nak cari kerja kosong dalam bidang perakaunan. Gaji memang jauh lebih rendah dari orang yang bekerja di Lembah Klang.  

Oh jap...saya imbas kembali  ke zaman persekolahan. Macam mana saya "tersuka" dengan Perakaunan ni? Masa subjek KHR tu kita ada belajar sikit pasal akaun kan? Saya rasa seronok pulak bila belajar akaun tu. Lepas PMR, kita kan kena pilih kelas aliran apa yang kita nak samada kelas Sains dan Sastera. Keb-etulan pulak tahun saya tu, pertama kali sekolah buka kelas Perakaunan. Apa lagi, saya terus mintak nak masuk kelas tu dan Alhamdulillah saya berjaya berada dalam kelas 4A1.

Punyalah gembiranya saya belajar akaun, lepas habis je SPM saya mohon matrikulasi dalam bidang Perakaunan. Setahun je pengajian, lepas tu sambung ke universiti pun dalam bidang perakaunan. Saya pilih Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian sebagai tempat pertama dalam pilihan di UKM. Masya-Allah gembiranya saya bila dapat tawaran sambung belajar di sana. Tak sangka impian saya nak jadi Akauntan nampak macam lancar je kan? Oh tidak, sebenarnya ada banyak dugaan lain yang timbul.

Eh, terpanjang la pulak coretan petang ni. Nanti saya sambung semula cerita saya bekerja dari awal sehingga lah bagaimana saya dapat Akauntan Bertauliah. Tunggu ye...

No comments:

Post a Comment