Tuesday, November 3, 2020

Berapa Caj Upah Freelance Akauntan ?

Hari ni Wani dapat banyak pertanyaan tentang caj upah freelance akauntan. 

Sebenarnya, isu caj upah ni sangat subjektif dan sensitif. Sebab tu jarang nampak orang share kos sebenar upah buat akaun. Apa yang kita bagi adalah anggaran berdasarkan nilai jualan sesebuah perniagaan, volume transaksi duit keluar masuk, dan lain-lain lagi.

Ok, Wani bagi contoh 2 situasi berbeza supaya anda boleh faham apa yang Wani nak sampaikan. 

Situasi 1: Cik Puan Aqilah ada perniagaan Enterprise dan membuat anggaran jualan dari bulan Januari sehingga Disember 2019 sebanyak RM10ribu sebulan. Jadi, jumlah jualan terkumpul setahun adalah RM120,000. 

Berdasarkan jumlah tu, kami memberi anggaran caj upah buat akaun adalah RM600 setahun. Kalau bahagi 12 bulan, cuma RM50 sahaja. Nampak cukup murah kan? 

Situasi 2: Tuan Amirul ada perniagaan Enterprise dan membuat anggaran jualan sebulan RM100ribu. Kalau setahun dalam RM1.2 juta. Macam mana freelance akauntan kira caj selain dari anggaran jualan tu? 

Biasanya kita akan rujuk Bank Statement setiap bulan, tengok berapa helai muka surat dan bilangan transaksi duit keluar masuk. Jadi dengan data yang kena key in tu banyak dan sudah pastinya mengambil masa lebih lama, maka berbezalah kadar caj upahnya. Untuk bisnes Tuan Amirul, caj upah dikenakan dalam anggaran RM500 - RM600 sebulan / RM6000 setahun.

Berbeza pulak caj upah untuk syarikat ABS Sdn Bhd. Ramai orang tak tahu, syarikat tak aktif atau dormant (tiada duit keluar masuk), firma akaun akan caj audit sekurang-kurangnya RM800. Itu belum ambil kira caj buat akaun dan yuran Setiausaha Syarikat. 

Wani tak nak cerita panjang pasal syarikat Sdn Bhd ni sebab fokus Wani berbeza. Buat permulaan ni, Wani cuma buka peluang kepada pemilik bisnes milikan tunggal je atau biasa kita panggil perniagaan Enterprise/Resources/Trading dan macam-macam nama lagilah kan. 

Jadi kesimpulannya, kalau nak tahu berapa caj upah untuk perniagaan anda, terus WhatsApp dengan klik link di bawah ni ye https://api.whatsapp.com/sendphone=60129009677&text=freelanceakauntan

No comments:

Post a Comment