Thursday, March 25, 2021

Kutip Dokumen Klien Kota Bharu

Salah satu tugas dan tanggungjawab Wani pergi jumpa client dan ambik dokumen petang semalam di Kota Bharu. Yang dekat, boleh la Wani pergi jumpa dan ambik dokumen apa yang perlu sahaja.

Ingatkan nak pergi sekejap je ambik dokumen. Eh sedar tak sedar, lebih kurang sejam bersembang pasal filing dan cara rekod transaksi menggunakan sistem Niagawan.
.
Sayang client baru beli sistem, tapi tak reti guna. Walaupun Wani tak pernah guna sistem tu, tapi boleh nampak cara nak guna.
.
Jadi sempat la ajar basic nak rekod expenses, purchase invoice & payment voucher. Selama ni dia cuma guna untuk rekod sales invoice dan customer payment je.







No comments:

Post a Comment