Tuesday, May 17, 2022

20 NOTA PENTING USAHAWAN TENTANG CUKAI

1. E-Filing dah buka 1 Mac lepas


2. Majikan boleh isi Borang E dahulu, pastikan supply pekerja dengan EA Form (Penyata Saraan Gaji Swasta)


3. Siapkan Kunci Kira-Kira & Penyata Untung Rugi 

Buat sendiri boleh, nak hire konsultan pun boleh, yang penting kena buat


4. Isi borang P untuk perkongsian


5. Isi borang B untuk anda yang namanya ada di SSM, Milikan Tunggal atau Perkongsian


6. Jika pendapatan berkanun perkongsian RM100,000 dan dibahagi kepada 2 ahli kongsi, setiap ahli kongsi hanya perlu declare RM50,000 seorang sahaja


7. Isi di bahagian pendapatan berkanun perkongsian


8. Kemudian, isi semua pelepasan yang layak. Ada pelepasan yang perlukan resit ada yang tidak seperti pelepasan anak. Pastikan anda declare amaun yang benar


9. Jika pendapatan berkanun anda RM50,000 dan hanya ada pelepasan diri RM9,000 dan anak bawah 18 tahun RM2,000. Pendapatan kena cukai anda adalah RM39,000


10. Dari pendapatan kena cukai RM39,000, amaun cukai yang bakal anda kena bayar adalah RM920.00


11. Tetapi jika tahun lepas, anda ada membuat pembayaran zakat RM500, anda hanya perlu membayar baki cukai RM420 sahaja


12. Baki cukai kena bayar itu, anda ada masa untuk kumpul lagi sehingga 30 Jun 2022 dengan simpanan RM105 sebulan


13. Itulah benefit bila anda siapkan akaun awal dan hantar borang cukai awal


14. Kedua-dua borang B & P perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun 2022 (ada extension 15 July 2022 jika guna efiling)


15. Untuk lancarkan proses, no pin e filing telah dimohon dan diaktifkan kali pertama. Guna sistem mengurangkan risiko tersalah kira


16. Nak belajar rekod akaun guna template excel, boleh join kelas di sini

https://amaniacademy.com/order/form/KABO6/433


17. Nak belajar selok belok kira cukai ada juga 

https://amaniacademy.com/order/form/KCE21/433


18. Kalau tak nak pening dan rasa tak sempat, kumpul dokumen dan cari konsultan akaun untuk buatkan. 


19. Buat sekarang jangan tunggu walaupun bisnes tidak aktif atau rugi


20. Simpan semua dokumen, resit, borang cukai dan slip penerimaan borang rapat-rapat dan ketat-ketat untuk selama 7 tahun

No comments:

Post a Comment